TRAVELOG ATIQAH: TRAVEL KE KASHMIR, INDIA

Assalammualaikum semua. Alhamdulillah diberi kekuatan untuk menaip semula dalam blog ni. Blog masih ada cuma tqa je takde masa nak update sebab bawa diri yang semakin berat ni. Hahahaha. Okay back to main topic, tqa nak share pasal perjalanan tqa ke Kashmir. Macam mana tqa boleh nak join pakej ni semua lah.

Pada asalnya tqa dengan wan nak ke Korea. Macam-macam pakej kami survey tapi tak kena dengan hati. Ada yang siap tak reply wasap bila tqa banyak tanya. Hahahahah tak faham aku kenapa. Takpelah 1 fine day akan ku jejak kaki jugak ke sana. Korea, mu tunggu aku datang. Eh?

Nak dijadikan cerita masa raya 21 Jun 2018 wan wasap (kemain detail lagi siap tarikh) siap bagi gambar pakej kashmir. Tapi masa tu pakej untuk Hari Malaysia Sales pergi 16 Sept - 21 Sept. Tiqa tengok pakej dengan apa yang kami dapat macam "eh murah ni, sangat murah, berbaloi pergi ni". Terus reply wasap cakap okay jom! Tanpa fikir panjang. Hahahahaha sungguh rakus.

So settlekan deposit RM950 dulu and selesaikan balance ikut jadual yang ditetapkan. Dipendekkan cerita tarikh berubah ke 25 Sept-1 Okt. Mulanya macam "alaaaah kenapa tukar, nak apply cuti susah nanti". Takpe takpe atiqah just go with the flow je." Tapi apply cuti tak lepas pun. Damn! Apply unpaid leave terus. Eh lepas pulak. Korang nampak tak permainannya disitu? Nampak tak kawan-kawan?

Settle 1 isu timbul plak isu pasal visa. Wan kol cakap visa India naik harga. Okay masa ni memang hati dah rapuh dah. Betul ke nak pergi ni, betul ke atiqah? Pujuk hati sambil scroll post pasal visa naik harga sambil cakap "pergi jela tiqa, kau kan tak pernah keluar jalan jauh. Ambil peluang kenal dunia luar, budaya luar dan keluar dari malaysia ni. Bunyi macam kecewa sangat aku ni.

So cekalkan hati, tutup mata jelah. Niat dalam hati nak kenal budaya orang sana, nak tengok ciptaan Allah dan kebesaranNYA sambil bawa hati yang patah dan luka berdarah ni dan paling penting nak tengok salji. Salji weyh! Salji kau siapa tak nak tengok kan? Tanam niat awal-awal. So wan dah wasap awal2 list ubat yang kena bawa, list ubat okay. Sebab dia tahu kawan dia ni jenis mabuk jalan jauh dan jalan yang berliku-liku seperti kehidupanku.

So apa yang tqa prepare untuk Kashmir?
  • Pastikan anda bebas blacklist PTPTN. Kalau dah blacklist, simpan jelah niat kau nak keluar negara. 
  • Passport guys! Tu paling penting haaaaaa..
  • Visa India. Nak apply manual boleh pergi dekat tempat yang boleh buat Visa India. Kalau dekat melaka area belakang Public Bank area Stadhuys tu. 
  • Harga Visa biasa cuma RM457 valid untuk setahun.
  • Kalau nak apply E-Visa klik link ni https://indianvisaonline.gov.in/evisa/tvoa.html bukan link yang lain. Kalau tak diorg caj kau terlampau mahal dengan harga tak masuk akal okay.
  • Harga E-Visa cuma RM320 valid untuk 4 bulan sahaja.
  • Tukar duit yang mencukupi. Tqa tukar 15k Rs dan 500baht je. Tapi kecundang pada penghujung terpaksa guna debit card dekat airport bangkok masa nak balik sebab duit baht dah habis. Hahahaha
  • Ubatan seperti ubat cirit birit, ubat selsema dan sakit tekak, ubat tahan mabuk dan panadol
  • Toiletries and telekung travel
  • Baju sejuk/Baju tebal. Along tqa bagi winter coat terus.
  • Warmer or glove bagi yang tak tahan sejuk macam tiqa. (Depend waktu bila kau datang, kalau kau datang summer xpayah lah nak bawa baju sejuk/warmer bagai. Gedik lahai)
  • Kalau kau cepat lapar dan perlukan kudapan, sila bawa segala jenis jajan kegemaran anda. Kalau kau dah naik atas ingat ada kedai tepi jalan ke jual makanan. Hahahaha
So disebabkan tqa guna E-Visa, jadi kena print form yang dia email cakap visa kau granted. Print dan simpan sekali dengan passport kau ye. Kalau visa biasa, dia dah siap tampal dekat passport kau jadi tiada masalah dekat sini.

25 September 2018: DEPARTURE KUL-BKK-DEL-SXR
Untuk trip kali ni hanya 4 empat orang sahaja, tqa dan wan dan kak Fatimah and anak dia amirah. Kak fatimah ni pun kami jumpa dekat KLIA. Al kisah malam tu tqa dengan wan pergi KLIA awal. seawal 2 pagi dah sampai. Hahahahah gila awal weyh sebab tqa salah print document untuk E-Visa so baru perasan masa dekat rumah wan. Jadi kami gerak awal ke sana. Kami naik grab car dari KL Gateway Gate C sampai KLIA. Sampai terus cari tempat nak print, okay dah jumpa lepas tu korang tahu jelah kalau dah nama KLIA, kau print sehelai document size A4 harga RM5. RM5 guys. Hahahahahahahahahaha aku masih husnuzon. Maybe dia nak kumpul duit nak pergi travel jugak. Aku faham aku cuba untuk faham. Lalu tqa dan wan terkelip-kelip tunggu kaunter check-in buka. Habis KLIA 1 tu kami ukur sambil cuci mata. Ulang alik bawa beg. Agaknya turun 1kg kami dok berjalan dalam tu. Lepas tu kaunter buka pukul 5:30 pagi, kami check-in bag terus pergi surau solat subuh dan breakfast. Disebabkan jauh dari lapangan terbang so kami naik aerotrain ke sana. Owh lupa. Kami naik Thai Airways dari KUL-BKK-DEL. Tapi kami transit dulu dekat Bangkok dan Delhi.
In-flight meal Thai Airways dari BKK-DEL. Sumpah sedap weyh!

26 September 2018: ARRIVAL, PARI MAHAL GARDEN & NISHAT MUGHAL GARDEN
Dekat delhi baru kami berjumpa dengan tour guide Pali dekat airport masa nak check-in bag. So dari Delhi ke Srinagar kami naik Air Asia flight pukul 6.05pagi. So kami sampai lebih kurang 7 lebih (pagi) dekat sana. Perasaan bila kau keluar pintu flight dengan angin yang sejuk, terdiam seketika masa tu. Tak tahu nak react macam mana sebab tiqa tak pernah ada peluang rasa keluar jalan jauh. Sis orang kampung.com jadi bila dapat peluang ke luar negara itu adalah pengalaman yang paling terindah dalam hidup tqa. Sampai di Srinagar Airport akan ada kaunter untuk isi form untuk foreigner registration. Rasanya tak perlu isi pun takpe sebab masa sampai Delhi memang dah isi pun. So kalau korang pandai menyelinap korang cepat2 bla dari situ. Hahahaha. Gunakan teknik ninja anda. Tapi kami tak sempat dah kena panggil. Tapi balik kami berjaya meloloskan diri. Hahahahaha

Sampai airport kami disambut dengan local tour guide dengan driver kami, Kumil dan Sajad. Bukan hakak sajat bobo dimana tu ye. Kau jangan buat pasal. Sebabkan kami sampai awal pagi, so terus check-in hotel untuk mandi and rest dulu. Tengahari baru start jalan-jalan sekitar Srinagar. 
Ni hotel kami, Hotel Royal Batoo. Memang cantik dalam dia and plus makanan dia pun sedap okay. Staff dia pun friendly juga. Penat dia layan kitorg yg asyik nak wifi password je.



Tqa suka sangat roti puri dia masa breakfast. Lembut gebu. Siapa kata lauk dia tak kena tekak? Sedap je bagi tqa tapi pedas. Tak tahu lah datang mana pedas dia tapi memang pedas.

Sempat skodeng blakang hotel ada apa. Haaaaaa excited kau. Lepas tu kalau berkumpul dekat dining suara kitorg je yang kuat sambil gelak sakan. Buat perangai dekat negara orang betul lah

After mandi & rehat dalam pukul 3pm kami gerak keluar ke bandar. Pergi jalan - jalan dekat garden and sepanjang jalan ke garden lalu tepi Dal Lake yang sangat luas dan besar. So sepanjang perjalanan tepi Dal Lake tu ada org tengah ambil lotus flower dengan pokok dan dedaun dia. Bunga lotus tu diorg jual tepi jalan and diorang makan macam snack and pepokok tu nanti mereka keringkan dan simpan untuk dijual untuk bagi binatang ternakan mereka makan masa winter nanti. Destinasi pertama kami adalah Pari Mahal Garden. Terletak diatas bukit and view menghadap Dal Lake yang sangat luas. Taman bunga dia sangat cantik dan sangat bersih. Siap landing atas padang amik gambar dari atas.

Masa ni memalu lagi nak bergambar, air muka kena jaga sikit. Cover sikit Hahahaha

Paling perfect sekali. Pandai pali ambil gambar kami. Kak fatimah pun layan dengan kerenah kami.

Dalam sibuk-sibuk kami bergambar tu, ada local tourist panggil tiqa. "Selfie, Selfie" Tiqa ingatkan diorang nak minta ambilkan gambar rupanya dia nak ambil gambar tiqa. Eh memalu kucing kita dekat situ. Dia cakap bahasa hindi, tqa balas bahasa english. Tapi tiqa faham apa yang dia cuba sampaikan. Rasanyalaaaa. Lepas dah acah-acah golek golek atas padang dekat atas tu, kami turun bawah pergi ke Nishat Mughal Garden. 


Haa meh tiqa kongsi sikit pasal Nishat Garden ni. Garden ni sangat terkenal dengan keindahan dan kesegaran bunga dekat taman ni sampailah Shah Jahan nak garden ni sambil dok puji-puji father in-law dia dengan harapan dia akan bagi garden ni dekat dia tapi father in-law dia tak bagi. Atas dasar marah dan kecewa, Shah Jahan arahkan untuk tutup aliran air ke taman ni sampai lah taman ni mula kering. Father in-law dia sangat sedih and servant dia rasa sangat simpati then servant dia buka sekatan air ni tapi father in-law ni tak bagi sebab takut Shah Jahan marah. Tapi at the end Shah Jahan terpaksa akur dan lepaskan semula air yang diorang sekat ke taman ni. Ni hasil dari pembacaan sis dekat pintu masuk ye. Rajinkan membaca sistuuur.


 





Taman ni masa musim bunga sangat cantik so korang pergi musim bunga memang awesome lah. Sempatlah juga kami layan sunset dekat sini. Tiket masuk untuk dedua garden ni Rs24 per entry termasuk GST 18% okay. Jangan merungut ye kawan-kawan SST kena bayar 6%. So habis satu hari kami dekat garden ni. So balik hotel untuk dinner and celebrate skali birthday si pali ni haaa.

Nah birthday boy haaa, memalu plak dia. Hahahahha yang ke berapa tu tanya dia.

Ni kek dia. Sumpah sedap! Lembut sangat and tak macam kek dekat malaysia. Kek span dia ringan then tengah ada aiskrim dan lapisan buah peach. Kek dia rasa macam ada kelapa dia. Yummy~
So lepas dinner kami keluar jalan-jalan sekitar hotel nak tengok keadaan sekeliling, tengok life mereka waktu malam. Nice juga view malam dekat sana. Masuk jugaklah beberapa buah kedai jual souvenir macam coin purse, pashmina and shawl. Nak shopping masa ni pun boleh. So korang kena guna kuasa bargain sampai dapat. Hahahaha kenyit2 mata sikit, senyum sikit lepas tu acah-acah tak cukup duit ko cakap lah ada bajet sekian sekian nanti dia akan cuba turunkan harga sampai apa yang kau nak. Tapi jangan plak kau dah tawar harga berperang untuk dapatkan harga murah tapi at the end kau tak amik. Memang punca lah korang ni.


27 September 2018: Apple Orchard, Full Tour Pahalgam
So breakfast kami ada pelbagai jenis lauk and ada jugak lauk ala western. Tapi memang sedaplah lauk dekat sini. Sumpah sedap memang kena dengan tekak kita lah. So jangan risau kalau makanan dia tak kena dengan tekak ke apa kan. No worries guys. Lepas breakfast kami gerak ke Pahalgam tapi otw ke sana kami lalu dekat apple orchard. Geram hati dan tangan hakak untuk peti apple-apple tersebut tapi kalau petik ada fines ye Rs200. Jangan kau pergi petik pastu lap dekat baju pastu makan. Jaga perangai sikit, awok dekat tempat orang. Diorang ada jual buah apple dalam kotak-kotak tu and ada jual air epal. Tqa ni jenis takut sikit nak mencuba tapi rasa lah sikit air epal, ada rasa masam-masam kelat. Hahahahahaha xkena dengan tekak pun. Then kami teruskan perjalanan ke Pahalgam Valley. So driver bawak kami sampai bawah saja, then tukar naik jeep terus ke atas.




First stop kami dekat Aru Valley. Dekat Aru Valley korang ada pilihan untuk naik pony ke 6 check point yang ada dekat Aru Valley atau sekadar ambil gambar dekat bawah. Kalau nak jalan kaki ke atas boleh and pastikan kau fit dan travelmate kau pun fit kalau tak semput lah korang nak sampai atas ni. Tahu kan Aru Valley ni tempat pengambaraan untuk cerita Bajrangi Bhaijaan? Kalau nak ke sana, diorang akan bawak ke lokasi tu.

Tips untuk naik pony, kau tawarkan the best price yang kau nak, bargain sampai jadi. Kekadang dia akan offer Rs1000-1500 berserta diskaun pelajar. Kau buatlah acah-acah kawan kau pernah datang sini dapat naik pony harga Rs1000 ke. Pepandai lah manis mulut. Muka jangan nak desprate sangat. Muka ala-ala angkuh sikit. Tapi jangan angkuh sangat nanti dia tinggalkan kau terkelip-kelip dekat situ. Kau yang menyesal nangis tepi bucu tiang.














Lepas tu kami bergerak teruskan perjalanan ke Chandanwari Valley. Peak Pahalgam. Pemandangan sepanjang jalan memang cantik memang indah dengan air yang jernih warna hijau biru, air sejuk beku dan udara yang segar bila kau tarik nafas tu lega je hidung. Dekat valley ni ada kuil dekat bahagian atas, so kalau nak naik boleh tapi kena mendaki lah. Kami layan bawah je bergambar sekitar batu sungai dan kawasan sungai.

Oh ye, sis bercuti macam che'ta ada personal photographer. Hahahahaha terima kasih pali.

Yang belakang tu jalan ke kuil atas bukit. So kalau nak naik sila lalu jalan tu sampai ke atas.
Last stop kami before balik hotel adalah Betaab Valley. Betaab Valley ni akan lalu masa nak naik ke Chandanwari Valley and dia more to flat valley. Macam tempat camping and ada entrance fees. Kami just berhenti dekat luar tak masuk dalam. Luar pun cantik jugak. Dan bagi setiap 3 valley ni jarak dia sangat jauh and kami sewa jeep. Bukan jarak naik pony ye. Naik pony dekat Aru Valley saja uols. Kalau naik pony dekat sana tak sempat jalan sampai atas ke Chandanwari dan Betaab Valley. Sebab korang akan spend masa yang sangat lama dekat Aru valley untuk visit setiap check point dia.



Fuuhhh, memang bergaya betul posing kami
Balik dari Pahalgam, kami singgah dekat kedai yang jual saffron dan kekacang. Sebenarnya perjalanan ke sana pun korang akan lalu dekat ladang saffron. Jadi saffron disini antara yang berkualiti dan murah jugak.Kalau nak borong pun boleh juga, dia jual dalam pelbagai size. Dekat sini Kashmir korang akan nampak hampir sepanjang jalan orang dok jemur kacang walnut yang belum dibuka tepi jalan. Bila dah sampai waktu dia betul-betul kering, baru mereka pecahkan dan jual pada orang.

28 September 2018: Full Tour Sonamarg
Kami request dekat pali nak naik atas terus pergi Zero Point and nak rasa lalu dekat Zojila Pass. Zojila Pass in one of the most dangerous road in the world. Memang akan rasa adrenaline rush masa lalu tepi bukit sambil berselisih dengan lorries and kereta yang lain. Kereta sebesar kelisa pun mampu naik atas dengan jalan yang berbatu-batu, berpasir berdebu pun diorang mampu redah. Tiqa risau kereta diorang sangkut tengah jalan karang siapa nak tolak nanti? Hahahaha. Driver kitorang yang bawak kitaorg naik atas sangat bagus sebab dia dok cerita pasal Zojila Pass, pasal perang antara India - Pakistan untuk rebut kawasan and etc. Setiap tempat dia tahu sejarah dia and driver kitorang memang tunjuk effort yang sangat tinggi curahkan segala apa yang dia tahu dekat kitorang. Barulah rasa pergi trip ke tempat bersejarah macam ni penuh knowledge, so bila orang tanya kau, sambil flipshawl kau boleh jawab, mampu?

Ni view on the way pergi Zero Point. Masa ni jalan masih cantik tak berdebu dan berbatu. Suhu dekat sini dah mula sejuk dah. 



Cantik kan pokok pines belakang tu? Yang depan tu pun cantik juga. Hahahahahahahahaha

Zojila Pass or India gate akan jumpa masa on the way ke Zero Point. Ni macam pintu masuk India lah.

So lepas mengharungi jalan yang penuh debu berliku dan berbatu seperti perjalanan hidupku, akhirnya kami sampai dekat zero point. Zero point ni kalau masa winter dia punya ketebalan snow dia memang sangat tebal dan akan fully cair on june. Masa kami sampai sini cuaca dah start gelap nak hujan dah and local tour guide kami cakap kalau hujan selalunya ada snow and its true! Ya Allah snow! SNOW weyh! Alhamdulillah merasa jugak lah snow dekat sini walaupun hanya 5 minit je. Syukur alhamdulillah. Snow dia besar-besar plak tu, no wonder lah sini kalau snow, tebal dia lebih tinggi dari lorry. Masa snowfall tu kami dalam jeep then baru balik dari border India-Pakistan, tetiba tiqa nampak seketul snow jatuh dekat cermin depan jeep dan terus terjerit, SNOW! Hahahaha terus driver berhentikan jeep and tqa berlari keluar jeep nak jumpa snow. Pengalaman paling manis sekali! Thank you Allah.

Nampak simen yang tiga tingkat ni? Tu paras snow and boleh lebih dari tu. Ni view dari atas bukit tapi kalau tengok depan mata memang tinggi gila setiap tingkat simen tu.


Sebelum kejadian jumpa snow tu, kami pergi border India-Pakistan and kawasan tempat diorang berperang. Perang berlarutan beberapa tahun lamanya dan akhirnya India menang dalam perang tu.

Kawasan border and tempat mereka berperang satu ketika dahulu.
Ni area bawah Sonamarg sebelum naik ke Zero point. Kalau tak naik zero point, boleh pergi Thajiwas Glacier either hiking or by pony.
Seketul Atiqah yang tengah tahan sakit kepala dan kesejukkan. Hahahaha

Jadi disebabkan malam ni malam terakhir kami di hotel ni, sempat lah kami bergambar dengan staff F&B dan chef dia skali. Masakan dan makanan dia yang sedap dan staf yang rajin layan kami yang asyik nak air kosong je sampai 1 jug air dia letak terus atas meja. Hahahaha malas nak layan kitaorg le tuu. Kitorg plak kalau time dekat dining kalau dah bercakap memang tak ingat orang sekeliling.
 

Dengan gelak sakan plus suara sis yang macam speaker ni sampailah ada orang malaysia datang dekat kitorg tanya "Excuse me, Malaysian ke?" Dengan happy kami reply "Aah, Malaysia, Malaysia". Haa kau melayu terus keluar. Actually ada je rakyat Malaysia yang stay sekali dengan kitaorg dekat hotel ni tapi dia hijabista, trendy and ala-ala insta femes mana nak layan kitrg. Melayu plak tu. Habis lengguh senyum dekat diorg tapi diorg tak layan. Fineee
Kak Ana and husband. Diorg datang India sebab honeymoon~

29 September 2018: Full Tour Gulmarg
Hari ke-5 kami pergi ke Gulmarg, kawasan pergunungan ski. Kalau musim winter Gulmarg akan jadi main attraction bagi mereka yang suka skiing dan aktiviti snow yang lain sebab sini antara yang termurah didunia untuk permainan ski. Jadi pada mereka yang memang pandai ski or nak belajar main ski ke datang sini musim winter. Memang akan ramai lah dekat sini.
Gulmarg ada gondola untuk sampai ke atas. Phase 1 & Phase 2. Phase 1 boleh naik dengan hiking, pony ride atau naik gondola. Tapi kalau nak ke puncak Gulmarg tu kena naik gondola phase 2. Tiket kena beli dari bawah. Tak kisah lah naik dari phase 1 ke 2 saja atau dari bawah terus ke phase 2, still kena beli tiket dekat ticket counter dia dekat bawah. Tapi tiada rezeki kami sampai phase 2 sebab phase 2 tutup. Angin tengah kuat masa tu and ada snow fall dekat atas. So demi keselamatan semua, gondola ke phase 2 diorang tutup. Jadi kami decide untuk naik pony dari bawah ke phase 1 saja. Sambil redah hujan sungguh gigih kami naik pony ke atas. 
Gondola Phase 1
Phase 2 dekat atas. Nampak kabus tu? Haaaa tengah angin kuat dan snow fall atas tu.
On the way naik ke phase 1 tu kami lalu kawasan perumahan hobbit. Cute sangat rumah dia. Kalau naik gondola just nampak dari atas jelah. Disebabkan kami naik pony, dapatlah kami lalu dekat sekitar rumah tu. Tapi tapi tiada gambar pun kami amik. Hahahahaha. Bak kata kak fatimah ambil gambar guna mata simpan dalam kotak memori je. Haaaaa



Turun dari atas tiqa dah start sakit kepala yang tak boleh nak dibendung sampai rasa nak pengsan. Dengan mamai-mamai dia tapi still gagahkan diri tahan sampai ke tempat parking. Tapi masih paksa diri untuk terus bertahan sebab taknak lah buat hal dekat negara orang, tak balik malaysia kejap lagi. Sakit tu kan penghapus dosa dan tiqa pun memang mental kuat sebab dah biasa kena bergerak sendirian sana sini seorang diri masa zaman belajar, zaman kerja jauh dari family kena survived dalam keadaan yang perlukan mental yang kuat. Eh ter 'throwback' plak.

Sampai Srinagar kami ambil bag dekat hotel dan terus ke houseboat. Maaflah kawan-kawan sebab tak ambil gambar houseboat sebab tengah layan sakit kepala masa tu. Nanti kalau dah dapat gambar lagi tiqa masukkan gambar houseboat kami. Houseboat kami dekat Dal Lake and kena access guna sampan atau Shikara.

Ini adalah view dari shikara yang kami naik untuk ke houseboat kami. Air dia jernih, nampak jugak pokok-pokok air dekat dasar tasik tu. Anyway dekat tasik ni yang tiqa cakap mereka akan ambil pepokok dekat dasar tu untuk mereka keringkan untuk mereka bagi pada binatang ternakan mereka masa winter nanti. Kalau nak tahu, mereka ambil pasir dari tasik untuk untuk mereka buat rumah jugak. Bagi mereka pasir hitam dari tasik ni lagi elok dan berkualiti dari pasir biasa dekat darat.

Dekat sini everything mereka buat secara manual, buat bangunan, buat jambatan, buat jalan even buat rumah pun majoriti semuanya secara manual. Even perempuan pun terlibat dalam kerja-kerja berat ni. Ada satu situasi yang mana tiqa lihat 1 keluarga tengah renovate rumah dan semua org bantu untuk angkat batu ke dalam. 2 orang lelaki, pecahkan batu yang besar kepada saiz yang lebih kecil but still kategori besar juga then dia akan letak atas kepala beberapa orang wanita untuk mereka bawa masuk ke halaman rumah. Even budak kecil pun mereka bantu untuk angkat batu berat tu.

Sedih sebenarnya melihat mereka agak tersekat dari segi pembangunan dan pendedahan kepada dunia luar atas dasar rebutan kawasan dekat Kashmir ni. Tapi semangat mereka untuk terus bangkit dan mereka berharap that one day mereka akan bebas and mampu bergerak saing sama dan berdiri sendiri. Erti kata lain mereka nak merdeka dan nak jadikan Kashmir satu bandar yang maju


Yang warna kuning tu adalah shikara, boleh muat dalam 3- 4 orang. Yang depan warna biru tu ibarat sampan pengangkutan mereka ke darat sebab mereka stay dekat blakang houseboat. Dia macam ada perkampungan dekat situ. Kebanyakkannya adalah rumah owner bagi houseboat tersebut.

View dari houseboat balcony
Wan, Kak Fatimah dan Amirah diorang ambil pakej pusing Dal Lake dengan Shikara dalam Rs300 seorang. Diorang lalu sekitar tasik dan floating market dekat Dal Lake. Tiqa? Dok dalam houseboat je tak keluar. Rugi kan? Takpelah. Next time datang lagi stay houseboat lama sikit. Uniknya houseboat mereka sebab ukiran kayu dia yang sangat menarik dan sepanjang kau dekat sana akan ada orang datang houseboat korang sambil menjual. So mana yang tak sempat beli souvenir boleh beli masa mereka datang ke rumah korang. bargain sampai jadi. Then bila kau tidur dekat houseboat ni tahap kesejukkan dia memang kaw-kaw lah! Tidur atas tasik kot tapi owner rumah dah provided kan selimut tebal yang gebus-gebus. Kami tidur satu malam je dekat houseboat dan esok tu kami dah nak balik dah. Huaaaa sedih.. Nak tinggal lama sikit dekat sini~


30 September 2018: Departure to SXR-DEL-BKK-KUL
Disebabkan kami flight pukul 1.45pm ke Delhi, lepas breakfast dalam pukul 10 pagi kami gerak ke Airport. Nak masuk airport dia ada banyak sangat security check dia. Even dekat pintu gate nak masuk airport pun ada scanning lagi, apatah lagi dekat dalam. So disebabkan pali ada client lepas kitaorg jadi dia hanya teman kami sampai airport Srinagar sahaja. Ingat tak pasal foreign form yang tiqa cerita yang kita kena isi masa arrival dan departure dekat airport kan? Haaa masa balik kami guna teknik ninja yang mana kami terus meluru pergi kaunter check-in dengan buat muka kau dah lambat check-in sambil buat-buat tak dengar diorang panggil kau untuk isi form. Haaaa sumpah kelakar masa tu. 

Lepas check-in bag, kami naik atas area departure tu dan kami pergi lunch kejap dekat KFC. Haaaa halal okay. Siap ada pizza hut dekat situ tapi kami ambil KFC je. Ohmai juicy dan lembut ayam dia tau. Menu pun berbeza dari sini.
Kecil je foodcourt dia. Dan tahu tak kami terserempak lagi dengan kak ana yang tegur kami dekat hotel haritu. Tapi diorg tak balik KL. Mereka pergi jalan Agra pulak. 
yang biru tu air lemon frizz. Konon nak hilangkan mabuk minum air masam. Konon! Konon!
Ni makan dekat airport Delhi, kami pilih KFC lagi. Yang belakang tu burger vege, not bad. Sedap jugak rasa dia. Time ni memang tiqa dah flat gila dah tapi gigihkan diri anda, sabaaaar~

Kami sampai Delhi airport lebih kurang dalam pukul 4 macam tu dan perkara pertama kami buat lepas touch down airport Delhi adalah borong barang Himalaya. Fuuuhhhhh dia punya murah tu, memang gila murah kawan-kawan. Tiqa dah macam personal shopper beli barang kiriman kawan-kawan dan barang sendiri opkos. Sampai bersila-sila kitaorg dekat farmasi tu. Banyak barang dah habis sebab sebelum kami borong dah ada group dari Indonesia dah borong dulu. Tapi still banyak jugak yang kami dapat. Banyak dia boleh bukak cawangan Himalaya dekat Malaysia lah. Hahahahaha. Kalau nak beli barang himalaya dekat airport Delhi ni ada 2 lokasi. 1st dekat Arrival Gate bahagian bawah lepas ambil bag, keluar pintu arrival belok kiri akan jumpa Guardian Pharmarcy sebelah kanan dan 2nd kedai masa lepas check-in bag, naik dekat kawasan boarding area depan Baskin Robin tak salah tiqa ke kedai aiskrim Haagen Dazh tak perasanlah. Boleh borong banyak mana kau nak.




So kami naik flight ke BKK plak pukul 11:30pm dan sampai dalam pukul 6 pagi macam tu 1 Oktober, solat subuh then naik atas untuk flight ke KUL pulak pukul 9am. Kira-kira dalam pukul 1pm jugaklah kami sampai ke KLIA dan berpisah lah kami 4 orang di situ. Sedihnya lahai. Harap kita bertemu lagi. Jangan lost contact tau semua. Nak holiday jangan lupa roger.

Terima kasih kepada Tour Guide kami pali atas layanan dan kesungguhan beliau untuk memastikan trip kami sempurna dan berjalan dengan lancar, menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk kami. Terima kasih atas usaha anda dan menjadi personal photographer kami sepanjang dekat sana. Semoga terus maju dan berjaya dimasa hadapan dan tercapai segala apa kamu inginkan dan kehendaki serta dimudahkan segala urusan. Mana tahu bertemu kembali di negara yang lain plak. Eh

Tiqa sebenarnya bersyukur sebab berpeluang untuk ke luar negara, kenali budaya luar, melihat cara hidup mereka, bermusaffir di tempat orang, melihat keindahan ciptaan ALLAH yang memang tak boleh kita bayangkan, bertemu dengan orang yang baik-baik dan hebat dan sepanjang trip di Kashmir ni kami ibarat keluarga yang menjaga antara 1 sama lain, kaki bahan orang juga diorang ni. Hahahahaha bahan-bahan manja. Itu semua gurauan dan menandakan bahawa kami selesa antara 1 sama lain.

Kashmir jadi turning point bagi tiqa sebenarnya yang pada asalnya tiqa datang ke Kashmir bawa hati yang patah dan kecewa dan tiqa berdoa agar diberikan ketenangan dan kesembuhan hati yang terluka atas pengharapan pada manusia yang terlalu tinggi sampai tiqa lupa yang tiqa sepatutnya tidak boleh berharap selain daripadaNYA. Tiqa pergi dengan seribu tangisan tapi tiqa balik dengan sejuta senyuman. Allah makbulkan niat tiqa, malah dia makbulkan beberapa niat tiqa dekat sana. Allah tahu apa yang ada dalam hati setiap hambaNYA dan tiqa bersyukur dan berterima kasih malah rasa malu kerana masih diberikan peluang daripadaNYA.

Alhamdulillah, Allah bagi ketenangan yang sampai tiqa dah tak rasa nak marah, sedih, kecewa, sakit hati dan dendam pada insan yang lukakan hati tiqa malah tiqa maafkan segala kesilapan dia sebab kita manusia biasa yang tak lari dari melakukan kesilapan. Allah temukan tiqa dengan insan yang baik, yang hebat disini sehingga timbul rasa selesa antara kami. Allah adalah sebaik-baik perancang.

Sebab tu pentingnya sikap tolak ansur dan menjaga antara satu sama lain, mengambil berat antara satu sama lain dan membina hubungan dan kasih sayang antara satu sama lain terutama masa travel or bermusaffir. Dan paling penting adalah bila orang asing yang kita tak tahu asal usul dia tapi kita sangat selesa bersamanya dan mampu meluahkan segala rasa yang terbuku dijiwa sebab GOOD THINGS HAPPEN WHEN YOU MEET STRANGERS.

Kashmir adalah satu memori yang sangat indah bagi tiqa dan tak mampu untuk tiqa lupakan selagi dengan izin Allah. Kenangan yang terbina memberi sejuta makna dan pengertian pada tiqa dan memang benar Allah adalah sebaik-baik perancang.


So next plan nak sambut birthday luar negara hujung tahun ni. Hahahahahahahahahahah (tolong jangan bagitahu mak tiqa dulu tau, hahahahaha). Rasa seronok plak naik flight ni, lalu security check kastam ni. Rasa nak buat selalu. Kahkahkah. Semoga dimurahkan rezeki ku bawa ibu ayah naik flight pergi umrah pula~ Amin.

Till we meet again love.