10 TIP UNTUK IBU MENGANDUNG ANAK PERTAMA

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pertama sekali Tiqa nak ucapkan Tahniah... Sebab apa? Sebab anda mengandung anak pertama.. wee~

"Eh saya belum mengandung lagi laaaah"

Huhuhuhu bukan untuk ibu mengandung je tau, untuk orang lain pun boleh baca entry ni. berkongsi ilmu kan baik dan dapat pahala. jadi entry ni oleh dibaca oleh sesiapa pun tau

Okay semua harini Tiqa terpanggil nak share dengan korang tentang tips memudahkan melahirkan anak bagi /ibu yang kali pertama hamil atau anak pertama. untuk yang dan ada anak pun bole apply tips ni tau

1. Minum Minyak Kelapa
  • apabila kandungan mencecah 6 bulan, amalkan minum minyak kelapa yang di masak sendiri, sekurang-kurangnya, 2-3 kali seminggu.
  • Biasanya orang beli je minyak VCO sekarang ni. 🙂
  • apabila kandungan sudah mencecah 9 bulan, amalkan minum setiap hari
2. Makan Telur Ayam Mentah
  • amalkan makan telur ayam yang masih mentah, setiap pagi, seminggu sebelum bersalin.
  • yang ini anda boleh amalkan jika kandungan anda dah masuk minggu ke-39.
3. Minum Air Zam-zam
  • Sebaik-baiknya di amalkan sepanjang kehamilan
4. Minum Air Selusuh
  • selain mencantikkan kulit bayi, ia juga membantu mencuci kepala bayi semasa bersalin
5. Makan Kurma
  • Elok di amalkan sepanjang kehamilan, kerana khasiatnya banyak.
  • malahan, ia membantu memberi tenaga yang lebih, semasa meneran
6. Minum Air Akar Fatimah
  • rendam akar fatimah di dalam air suam, diminum berserta dengan selawat keatas Nabi S.A.W
7. Amalkan Surah sepanjang Kehamilan
  • surah Maryam
  • surah Al-Imran ayat 38
  • surah Al-Insyiqaq ayat 1-4
  • surah Abasa ayat 20
  • surah An-Nahl ayat 78
8. Banyakkan Berjalan
  • Sebaik-baiknya di amalkan apabila kandungan sudah mencecah 9 bulan
  • Banyak berjalan, agar memudahkan salur rahim terbuka
9. Senaman Ringan
  • Duduk mencangkung dan tangan tahan pada dinding, kemudian berdiri perlahan-lahan sekerap mana anda mampu
  • Duduk bersila dan temukan kedua tapak kaki anda, pegang jari kaki kemudian tolakkan kedua tapak kaki itu ke arah vagina
10. Zikir Ya Wahab
  • Boleh diamalkan ketika anda mula terasa kontraksi, dan berdoa di dalam hati, agar Allah memberi ketenangan dan dipermudahkan urusan bersalin
Dan cik atau puan sekalian boleh amalkan SET HAMIL/MENGANDUNG SHAKLEE.

Kehamilan adalah satu proses yang panjang dan mencabar terutama buat ibu yang baru pertama kali Mengandung. Cabaran yang dihadapi ibu dalam proses untuk membesarkan janin dalam kandungan adakalanya amat menduga emosi dan juga kekuatan fizikal. 
  • Alahan Teruk
  • Morning Sickness
  • Tak boleh makan atau tiada selera makan
  • Muntah dan Loya
  • Anemia – Berbahaya jika tidak ditangani, boleh menyebabkan tumpah darah semasa bersalin.
  • Keletihan dn rasa malas
  • Mood swing


Setiap Ibu Mengandung pasti mahukan bayi dalam kandungannya mendapat khasiat yang terbaik untuk pembesaran yang sempurna dan pertumbuhan otak yang cemerlang. Set Mengandung Shaklee memenuhi kesemua keperluan Ibu Hamil dengan rangkaian produknya.


1. Vita-Lea® Iron Formula (Multivitamin)
  • Vitalea adalah multivitamin yang lengkap dengan 28 jenis vitamin dan mineral.
  • Zat besi dalam Vita-lea dapat membantu ibu menambah zat besi kerana kebiasaannya ibu mengandung dan menyusu kekurangan zat besi dan jika tidak ditampung boleh menyebabkan ibu mudah pitam, lesu, kurang daya ingatan dan kurang konsentrasi.
2. Sustained Release Vita-C
  • Sebagai antioksidan, membantu meningkatkan sistem imunisasi badan ibu dan bayi dan menjadikan kulit lebih cantik.
  • Membantu Penyerapan iron – kalau tak cukup Vitamin C, makanlah Iron sekapal pun takkan diserap badan :(


3. B - Complex
  • Lengkap dengan 8 kumpulan Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil dan wajah berseri. B complex juga vitamin anti stress. Jadi bila tiada stress, penghasilan susu lebih baik.

4. Energizing Soy Protein (ESP)

  • Mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan.
  • Pembinaan hormon, enzim dan antibodi memerlukan protein. Selain itu protein dikatakan membantu mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrien dan sumber tenaga.
  • ESP memberi tenaga berkekalan untuk ibu yang tahan selama berjam-jam lamanya. Selain itu ESP membantu ibu memperolehi kesan yang optimum untuk pengambilan vitamin-vitamin lain. Kulit juga menjadi lebih licin, gebu dan anjal.

5. Ostematrix
  • Dalam susu ibu, antara komposisi mineral yang tinggi ialah kalsium.
  • Kalsium penting untuk bina darah, bina tulang, gigi dan saraf dalam tubuh manusia. Bagi ibu yang mengandung atau menyusu, pengambilan kalsium tidak boleh dipandang remeh.
  • Bagi ibu2 yang tidak menjaga dan mementingkan pengambilan kalsium dalam diet harian, maka kalsium untuk penghasilan susu ibu akan diserap dari yang sedia dalam tubuh ibu.
  • Jika perkara ini berlarutan dan si ibu tidak menggantikan semula kalsium ini maka si ibu tadi akan mengalami risiko osteoporosis, rasa sengal kaki dan tulang belakang, mudah letih dan lesu serta muka menampakkan garisan tua.
  • Pengambilan Ostematrix juga dapat membantu ibu yang mengalami masalah susu merudum ketika period.
6. OmegaGuard (EPA & DHA)




  • DHA adalah asid lemak perlu yang dijumpai dalam badan kita terutama pada otak.
  • DHA adalah sangat penting dalam perkembangan otak, serta aspek-aspek lain perkembangan janin. DHA juga asid lemak utama yang ditemui dalam retina mata, serta organ-organ badan yang lain.
  • Bayi tidak mampu menghasilkan DHA mereka sendiri, mereka memperoleh DHA daripada susu ibu. Sebelum mereka dilahirkan, DHA didapati dari ibu melalui plasenta. Dengan itu, ibu akan mengalami kekurangan DHA.
  • Pakar mencadangkan supplement Omega 3 kepada ibu-ibu yang mengandung dan ibu-ibu yang menyusu. Ini adalah untuk menambah DHA untuk perkembangan fetus dan untuk mengekalkan kuantiti DHA untuk diri ibu sendiri


  • Pengambilan nutrisi yang lengkap dan berkhasiat sepanjang kehamilan adalah kunci utama kepada :
    • Perkembangan otak dan minda bayi yang sempurna
    • Perkembangan bayi yang sihat
    • Pencegahan baby dari mendapat jaundice.

    Jadi, pilih yang terbaik untuk anak anda dan juga untuk anda juga. dan yang paling penting mesti 100% natural dan halal.

    Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin membuat sembarang pembelian, boleh hubungi Tiqa/Adra di 013-6195295

    Jumpa di next post ye. 

    Much Love, Adra.

    0 0 orang doakan CP DEKAN KELAS PERTAMA: